Semua Kopitiam di Selangor Tiada Sijil Halal??

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, July 13, 2011


Wow! Terkejut aku pagi ni bila terbaca salah sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kopitiam di Selangor tiada sijil halal. Menurut akhbar itu, tiada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di seluruh Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Daripada jumlah yang disebutkan itu, hanya kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim di Selangor. So lepas nie, kita tak payah la minum di kopitiam kerana status masih tiada sijil halal lagi. Kang da jadi darah daging payah lak. Baik duduk rumah bancuh kopi minum sendiri. Lagi best!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...