Cara Untuk Mengesan Dan Mengatasi Virus DNSChanger

Posted by Wanabe PJ on Monday, July 9, 2012


Masa sudah semakin suntuk bagi komputer yang mempunyai atau dijangkiti virus atau malware DNSChanger, di mana FBI akan menghalang komputer yang dijangkiti virus DNSChanger untuk akses ke internet pada hari ini Isnin depan 9 Julai. Virus DNSChanger ini bergerak dalam trafik internet melalui pelayan dikompromi, membuka sistem bahaya kepada Keylogging, menyebarkan perisian dan produk palsu, dan sebaliknya memanipulasi laman web.

Menurut Kumpulan Kerja DNSChanger yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini, masih terdapat sejumlah besar komputer yang menunjukkan tanda-tanda DNS yang teruk. Pihak mahkamah telah membenarkan FBI untuk menutup sementara pelayan DNS palsu pada hari Isnin ini dan akan melihatkan beribu-ribu pengguna akan kehilangan akses ke internet.

Terdapat beberapa langkah untuk memeriksa komputer daripada dijangkiti virus DNSChanger ini. Antara langkah awal untuk melihat dan mengetahui sama ada komputer anda dijangkiti virus DNSChanger ini adalah dengan pergi ke laman web dns-ok.us. Sekiranya latar belakang adalah hijau, maka tetapan DNS komputer anda adalah baik. Sekiranya merah, anda perlu mengikuti beberapa langkah untuk membersihkan virus ini dalam komputer anda.

Selain itu, terdapat beberapa tools yang telah diperkenalkan yang membolehkan komputer anda berjalan dengan lancar. Antaranya adalah Microsoft mempunyai satu tools yang bertindak seperti vendor utama anti-virus seperti McAfee dan Norton. Namun begitu, sebagai langkah awal adalah lebih baik membuat backup files terlebih dahulu sebelum melakukan proses pembersihan virus DNSChanger ini.


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...