BlackBerry App World Catat 3 Bilion Muat Turun

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, July 10, 2012

Pihak RIM secara rasminya telah mengumumkan beberapa perkhabaran yang menarik untuk BlackBerry App World. Menurut RIM, sebanyak 3 bilion muat turun aplikasi telah dicatat sejak BlackBerry App World dilancarkan. Muat turun aplikasi ini termasuklah daripada pengguna telefon pintar BlackBerry dan juga tablet PlayBook. Untuk mencapai angka 3 bilion ini, BlackBerry App World mempunyai purata sebanyak 2.5 juta muat turun setiap hari dan bilangan ini dijangka akan terus meningkat.

Syarikat itu juga berkata mereka mengambil masa selama 786 hari untuk mencapai 1 bilion muat turun, 210 hari untuk mencapai 2 bilion muat turun, dan 176 hari untuk mencapai 3 bilion muat turun. Bilangan muat turun tidak termasuk jumlah aplikasi yang dimuat turun dari pihak ketiga kedai aplikasi BlackBerry atau yang dijual secara langsung oleh pembuat aplikasi.

Peningkatan jumlah muat turun aplikasi Blackberry ini menunjukkan wujud permintaan dan penggunaan telefon pintar Blackberry daripada pengguna seluruh dunia walaupun pada pasaran perkongsian kedudukan mereka telah dirampas oleh Android dan iOS.


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...