Microsoft Surface Dilancarkan

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, June 20, 2012

Microsoft hari ini telah melancarkan produk tablet terbaru mereka iaitu Microsoft Surface dengan dua versi iaitu Windows 8 RT  dan Windows 8 Pro .

Terdapat perbezaan dari segi ciri antara dua tablet versi Microsoft Surface terbaru ini. Surface Windows 8 RT yang dijana dengan NVidia ARM CPU mempunyai berat 676g dan 9.3mm tebal. Tablet ini lengkap dengan port USB 2.0, MicroHD dan microSD, bateri 31.5 watt, kapasiti simpanan sebanyak 32GB dan 64GB selain mempunyai paparan ClearType HD berukuran 10.6-inci. Ia juga mempunyai antena 2x2 MIMO yang memberikan keupayaan wifi kuat dari mana-mana tablet.

Bagi tablet Surface Windows 8 Pro pula yang dijana oleh Intel Ivy Bridge i5 mempunyai berat 903g dan 13.5mm tebal. Selain itu, Windows 8 Pro ini mempunyai paparan ClearType berukuran 10.6 inci dengan Full HD, port USB 3.0 dengan slot microSD dan mini DisplayPort Video yang membolehkan pengguna menghantar video ke skrin penuh. bateri yang lebih kukuh iaitu 42 watt dan dua kali ganda kapasiti penyimpanan daripada Windows 8 RT iaitu sebanyak 64GB and 128G.

Wow! Sedikit sebanyak pelancaran tablet Microsoft Surface ini dapat memberi saingan pada iPad keluaran Apple.

{ 1 comments... read them below or add one }

healthy lifestyle @ gaya hidup sihat said...

adakah surface RT & PRO akan diserang virus, kena install anti virus ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...