Google Chrome Catat 310 Juta Pengguna Seluruh Dunia

Posted by Wanabe PJ on Friday, June 29, 2012


Pelayar Google Chrome kini telah mengambil alih selaku pelayar paling banyak digunakan oleh pengguna seluruh dunia. Berdasarkan ucaptama kedua Google I/O, pelayar Chrome kini mempunyai 310 juta pengguna aktif, berbanding 160 juta pengguna pada tahun lepas. Peningkatan yang ketara penggunaan pelayar ini menjadikan Chrome pelayar web yang paling popular di peringkat global.
 
Menurut Sundar Pichai Chrome dan Apps untuk Google, Chrome bukan sahaja digunakan secara meluas malah ianya pantas dalam pencarian serta menjimatkan masa dan tenaga. Manakala kotak pencarian omnibar yang dibina membolehkan pengguna untuk mencari atau meletakkan alamat ke dalam kotak yang sama sedikit sebanyak telah menjimatkan 13 tahun kehidupan manusia setiap hari.

Selain itu, terdapat 60000000000 perkataan yang ditaip ke dalam Chrome setiap hari, dan 1TB data yang dimuat turun.
Wow! satu pencapaian yang luar biasa dicapai oleh Chrome. Sememangnya Chrome memang terbaik dan berada dalam kelas tersendiri.  


Sumber 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...