Virus Worm.Win32.Flame Menyerang Asia Tengah

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, May 29, 2012

Kaspersky Lab baru-baru ini telah menemui virus dan malware terbaru yang diberi nama virus Flame dan dipercayai dikendalikan oleh kerajaan cyberespionage yang telah menjejaskan kebanyakan PC di negara Iran dan negara-negara yang berdekatan. Virus atau malware "Worm.Win32.Flame" ini menggabungkan ciri-ciri daripada malware backdoor, trojan dan worm. Andai kata virus atau malware Worm.Win32.Flame dimuatkan secara sembunyi ke dalam mesin sasaran ianya boleh memantau trafik rangkaian, penggunaan tempatan, mengambil screenshot, merekod audio serta menghantar kesemua data kembali ke rumah pelayan. Virus atau malware Worm.Win32.Flame ini dipercayai telah aktif sekurang-kurangnya pada Mac 2010 dan ianya diramal menjadi 20 kali lebih lazim dan rumit daripada virus Stuxnet.

Virus
Worm.Win32.Flame ini bukan sahaja ditemui di negara Iran sahaja, tetapi ia juga telah ditemui di negara sekitarnya seperti Israel, Palestin, Sudan, Syria, Lubnan, Arab Saudi dan Mesir serta terdapat kemungkinan beribu-ribu mangsa di seluruh dunia telah dijangkiti menurut anggaran penyelidik. Sebaik sahaja dimuatkan, virus Worm.Win32.Flame ini mempunyai keupayaan untuk dikemaskini dengan fungsi baru dalam bentuk pakej add-on, dan setakat ini 20 daripadanya telah dikenal pasti. Tujuan utama modul virus ini disebarkan masih lagi dalam siasatan.
 
Penyebaran virus atau malware
Worm.Win32.Flame ini dibuat melalui phishing, laman yang telah dikompromi atau jangkitan secara langsung melalui USB atau melalui sebuah rangkaian.






Sumber

{ 3 comments... read them below or add one }

Mohd Nasharudeen said...

woi bangang, right click disable ko pikey bagus sngt? aku nak pi page open new tab pon bahana!!!

Anonymous said...

scar treatment Spruce Creek

Also visit my website :: scarfixed.com

Anonymous said...

tennis elbow specialist vancouver

my web page :: tenniselbowease.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...