Instagram Kini Mempunyai 50 Juta Pengguna

Posted by Wanabe PJ on Saturday, May 5, 2012

Terdapat sumber-sumber terbaru mengatakan aplikasi perkongsian foto Instagram kini telah hampir mencecah kepada 50 juta pengguna, dan ianya dijangka akan melepasi paras 50 juta pengguna.

Menurut sumber daripada Mashable, Instagram kini mencatat penambahan lebih 5 juta pengguna baru seminggu dan syarikat itu mencecah 40 juta pengguna di seluruh dunia pada 13 April berbanding 30 juta pengguna pada awal April lalu. Satu pencapaian yang luar biasa dicatatkan daripada pengguna seluruh dunia.

Instagram baru-baru ini melancarkan versi Android untuk aplikasi mereka, yang mungkin membantu mereka menarik minat pengguna Android untuk memuat turun aplikasi ini sekaligus bakal mencecah pada paras 100 juta pengguna seluruh dunia.

Kini dikatakan aplikasi Instagram ini telah mempunyai kira-kira 40 juta pengguna di platform IOS Apple dan kira-kira 10 juta pengguna di atas platform Android Google.

Wow!Superb!Tapi aplikasi Instagram ini memang terbaik. 


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...