Facebook Lancar Kumpulan Perkhidmatan Perkongsian Fail

Posted by Wanabe PJ on Sunday, May 13, 2012


Facebook pada minggu ini telah melancarkan kumpulan perkhidmatan perkongsian fail terbaru untuk sebilangan peratusan kecil pengguna mereka.

Pengenalan kumpulan perkongsian fail Facebook terbaru ini membolehkan pengguna memuat naik saiz fail sehingga 25MB, yang kemudiannya boleh dikongsi dengan semua pengguna dalam kumpulan itu.

Dalam perkhidmatan terbaru ini, Facebook telah menetapkan dan telah mengehadkan muat naik fail muzik dan fail berformat executable (exe) atas sebab-sebab keselamatan. Walau bagaimanapun, untuk perkongsian fail video dan e-book di bawah saiz 25MB tidak mempunyai masalah untuk dikongsi dan dimuat naik.



{ 1 comments... read them below or add one }

Editor said...

berita baik buat penguna facebook..yang tergar... www.redlomo.com :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...