Apple iPad Mini Bakal Diperkenalkan Akhir Tahun Ini

Posted by Wanabe PJ on Friday, March 16, 2012



Terdapat sumber-sumber menyatakan bahawa syarikat komputer gergasi dunia, Apple kini sedang dilihat untuk melancarkan 'iPad Mini' lewat tahun ini dengan memperkenalkan model terbaru tersebut dengan skrin berukuran 7.85 inci.

Kebocoran mengenai berita ini datang dari pihak dalaman iaitu Samsung, sebuah syarikat yang merupakan salah satu pembekal perkakasan terbesar produk Apple sendiri dan turut menjadi pesaing hebat kepada mereka.

Laporan itu berkata bahawa pihak Samsung yang membekalkan 9.7 inci skrin sesentuh seperti yang dilihat pada iPad generasi ketiga, turut menjadi pembekal solid state drive untuk komputer riba Apple MacBook Air.

Sumber dari dalam Samsung turut menyebut mengenai bagaimana Apple membelanjakan £7 billion komponen Samsung, untuk model iPhone, iPads dan MacBooks mereka.

Dalam kenyataan rasmi itu tersebut berkata, jumlah kontrak semasa antara Apple dan Samsung adalah sekitar $ 9.7 billion.


Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...