Android 6.0 Key Lime Pie Bakal Dikeluarkan Tahun Depan

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, March 21, 2012



Pihak Asus telah mengesahkan akan mengeluarkan sistem operasi versi Android berikutnya iaitu Android 5.0 Jelly Bean yang dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ni. Namun begitu, belum sempat Android 5.0 itu dilancarkan terdapat desas-desus bahawa versi Android seterusnya iaitu Android 6.0 akan dibina. Versi Android 6.0 terbaru itu akan diberi nama Android 6.0 Key Lime Pie.

Sepertimana yang kita sedia maklum, Google menamakan setiap sistem operasi yang baru dibina dengan nama pencuci mulut yang manis dan lazat serta mengikut turutan abjad. Dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang baru sahaja dikeluarkan dan Android 5.0 Jelly Bean yang dalam perjalanan untuk dikeluarkan terdapat sumber-sumber terdekat mengatakan bahawa versi Android seterusnya selepas Android 5.0 Jelly Bean akan bermula dengan huruf 'K'. Dan ini menguatkan lagi khabar angin bahawa versi Android terbaru itu akan dinamakan Key Lime Pie.

Namun begitu, tiada tarikh jangkaan dan nombor versi untuk Key Lime Pie itu dikeluarkan, tetapi ramai menganggap ia akan dikeluarkan pada tahun 2013 dengan versi sama ada Android 5.5 atau 6.0.



Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...