Samsung Galaxy SIII Bakal Dilancarkan April?

Posted by Wanabe PJ on Sunday, February 19, 2012


Contoh Imej konsep rekaan Samsung Galaxy SIII

Wah, terdapat khabar angin bahawa Samsung
akan melancarkan Galaxy SIII terbaru pada bulan April tahun ini yang akan mengikuti pengumuman yang dibuat di Mobile World Congress (MWC) pada bulan Februari ini.


Seperti yang kita lihat dengan model sebelumnya iaitu Galaxy S dan Galaxy SII, kita boleh menjangkakan beberapa ciri-ciri mewah pada model terbaru Galaxy SIII kali ini.

Antara ciri-ciri spesifikasi teknikal yang dikhabarkan termasuklah 1.5GHz quad-core processor bersama-sama dengan kamera 12 megapiksel. Ia akan dipacu dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Wah, makin hebat sekarang Samsung mengorak langkah. Apple kena buat sesuatu yg lebih better untuk bersaing dengan model Android pasni. Kalau Samsung Galaxy SII pun dah laku macam goreng pisang, apa ntah lagi kalau model Samsung Galaxy SIII terbaru ni keluar. Mehla kita sama-sama nantikan.


P/s: Dengan harapan bonus akan dapat tengah tahun ni. Huhuhu..




Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...