BlackBerry PlayBook OS 2.0 Terbaru Dilancarkan

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, February 22, 2012



Wah, semakin berlumba-lumba syarikat-syarikat pengeluar alat telekomunikasi dunia sekarang ni dalam memperkenalkan dan mengemaskini sistem dan produk terbaru mereka. Terbaru, pihak RIM
melancarkan sistem operasi baru untuk BlackBerry Playbook iaitu OS 2.0. Sistem operasi versi OS 2.0 tersebut kini boleh didapati dan dimuat turun melalui Setting - Software Updates - Check for Updates.


Terdapat beberapa ciri-ciri terbaru yang dibawa oleh OS 2.0 kali ini. Antaranya termasuklah e-mel, kalendar dan kenalan serta integrasi dengan Facebook, Twitter dan LinkedIn. Pemain Android App juga telah disediakan dalam OS 2.0 terbaru ini yang membolehkan aplikasi Android dapat dijalankan pada BlackBerry PlayBook.



Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...