Ibu 240kg lahirkan anak seberat 6kg

Posted by Wanabe PJ on Sunday, November 27, 2011



Wow! Giler kentang lahirkan anak seberat 6kg. Besau betul. Macam mana la budak ni keluar. Hehehe..Seorang doktor di Jerman terkejut selepas bayi gergasi ini menetapkan rekod baru untuk bayi yang baru lahir paling berat dilahirkan di negara ini.
Bayi lelaki tersebut telah dinamakan "Jihad" oleh ibu dan bapanya Elfi dan Mohammad Yaghi. Ibu kepada bayi lelaki itu melahirkan bayi tersebut di hospital Charité Berlin, selepas berada selama tujuh jam dalam bilik pembedahan dan paling menakjubkan ia dilahirkan secara normal. Wanita dan ibu berusia 40 tahun itu yang mempunyai berat 240kg turut menghidapi penyakit diabetes gestasi. Pasangan itu menamakan bayi tersebut Jihad - yang bermaksud perjuangan dalam bahasa Arab. Secara amnya, berat badan bayi yang normal ialah kira-kira 3.5 kg. Bayi lebih empat kilogram secara amnya dianggap sebagai berat badan berlebihan dan menjalankan risiko kencing manis dan obesiti yang lebih tinggi pada masa akan datang. Tapi bagi 'Jihad' ianya bayi luar biasa.


Sumber: thestar.com.my

p/s: wow!mcmne la mak bapak di dukung nanti. Mau lenguh tangan..hehehe..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...