Bawa bas sambil main Sudoku

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, November 29, 2011


Seorang pemandu bas telah dipecat selepas gambar ini diambil ketika dia sedang melakukan teka-teki Sudoku sambil membawa murid -murid ke sekolah. Seorang murid di Ferndown Upper School di Dorset telah merakamkan gambar pemandu tersebut secara tersembunyi dan menunjukkan bagaimana pemandu tersebut mengimbangkan buku pada stereng bas yang beliau pandu. Gambar-gambar tersebut kemudiannya diserahkan kepada syarikat bas berkenaan iaitu Cavendish Liner selepas menerima aduan daripada ibu bapa. Pemandu bas tersebut telah digantung, dikenakan tindakan tatatertib dan kemudiannya dibuang kerja. Wow! hebat betul penangan Sudoku. Sampaikan driver bas pn sanggup nak selesaikan sambil bawa bas. Memang nyawa dihujung tanduk. Hahaha..



Sumber: The Sun

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...