Sekarang ni banyak betul pencerobohan network dari hackers2. Kalau setakat pengguna macam kita ni sayur2 je dorang ni nk godam. Sedang website kerajaan pn senang dorang tapau ni kan pula laman blog@sosial kita ni ha. Yela, canggih mana pun dunia sekarang ni, manusia yang cipta dan ubahkannya. No wonders la benda2 camni boleh digodam dan diubah. So, itu cite hackers la. Hari ini aku nak share something la buat korang di luar sana yang menggunakan rangkaian Wi-Fi di rumah seperti P1 Wimax, Unifi mahupun Streamyx Wi-FI. Jika korang ingin rangkaian Wi-Fi korang dibuka tanpa pengguna lain terutama hackers jiran2 sebelah rumah mengakses Wi-Fi rumah korang, aku ingin kongsi tips dengan korang iaitu menamakan semula rangkaian Wi-Fi korang seperti c: \ virus.exe supaya orang lain terutama jiran sebelah rumah tidak dapat mengakses Wi-Fi korang.
Cara ini merupakan salah satu cara yang terbaik bagi aku sebab aku penah tengok Wi-Fi rumah abang ipar aku ni menggunakan cara yang sama. Cara mengunakan nama virus ini adalah untuk menakutkan orang yang tak bertanggungjawab daripada mencerobohi dan menggunakan perkhidmatan Wi-Fi anda. Selain itu juga, untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan Wi-Fi korang yang lebih baik lagi adalah dengan menetapkan satu kata laluan rangkaian bersama enkripsi WPA2. Cara ini juga salah satu cara bagi membolehkan anda menukar nama network (SSID) anda. So buat korang di luar sana tue bolehla tukar nama network (SSID) dgn nama virus ni. sedikit sebanyak boleh mengelakkan rangkaian Wi-Fi korang dicerobohi.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment