Wah, tak lama lagi da nak Hari Raya Aidilfitri. Kejap je umat Islam sebulan berpuasa. Sedar tak sedar Ramadhan hampir meninggalkan kita. Mesti masing2 sibuk dengan persiapan beraya dan balik ke kampung. Tapi dalam kegembiraan nak beraya jgn lupakan aspek keselamatan rumah daripada dipecah masuk. Al-maklum la, cuti panjang kan. Nak lak minggu ni pasti ada dikalangan kita da pulang beraya ke kampung halaman masing2. Ni la masanya pencuri2 akan mengambil kesempatan untuk pecah rumah. Oleh itu, berikut terdapat beberapa tips yg ingin dikongsikan bagi mengelakkan kes2 kecurian dan pecah rumah ni berlaku:
Antara tips pencegahan:
1) maklumkan kepada jiran terdekat yg anda ingin tinggalkan kediaman dlm tempoh yg lama. Kalau boleh tinggal kunci pendua kpd jiran anda yg boleh dipercayai. Jika korang tertinggal atau kehilangan kunci semasa perjalanan atau kalo ada ape2 yg jiran syak sesuatu aktiviti kecurian dlm umah korang, jiran boleh buat siasatan awal atau lapor pd pihak polis.
2) Menghentikan langganan surat khabar atau buletin buat sementara waktu bagi mengelakkan betapa jelasnya sesebuah unit kediaman sudah lama ditinggalkan oleh penghuninya.
3) Memasang banyak kunci mangga, rantai besi, rantai beskal, slide lock dan arm lock. Kalau boleh jenis pelindung mangga. Tindakan ini akan menyukarkan pencuri memotong kunci mangga dan memecahkan kediaman anda. Pastikan kunci mangga diletak di dalam pagar rumah, bukan di luar. Kebiasaan pencuri akan tahu, penghuni rumah ni kosong sbb mangga dr luar pagar.
4) Jangan tinggalkan set kunci simpanan berdekatan dengan tempat letak kasut atau diselit bawah pelapik tikar pintu mahupun bawah pasu bunga. Hal yg sedemikian mudah dihidu oleh pencuri sendiri.
5) Penghuni-penghuni rumah juga diingatkan agar mencabut semua plug elektrik bagi mencegah kebakaran.
6) Kalau boleh pasang CCTV, alarm, sport light & motion detect sensor pd tempat yg strategik terutama di bumbung & bahagian celah2 ruang udara atas umah. Hal ini kerana taktik pencuri sekarang ialah masuk melalui bumbung rumah iaitu tempat yg paling mudah utk dimasuki pencuri.
7) Maklumkan atau SMS pd Rakan Cop dan juga penyelaras Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan anda tinggal yg anda nak pergi bercuti atau berjalan jauh & tinggalkan umah utk beberapa hari supaya polis akan alert & buat rondaan pd kawasan rumah anda.
8) Hidup dan nyalakan radio, lampu pouch & lampu dlm umah supaya pencuri tahu seolah2 ada orang dlm umah tu. Jgn biarkan umah gelap gelita. tak perlu nk jimat elektrik ttg hal2 keselamatan ni sbb kerugian barang2 yg dicuri tentu lebih besar nilai dpd bayo bil elektrik & mentol lampu terbakar.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment