Jenis-Jenis Virus & Spyware

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, August 16, 2011



Apa yang dikatakan dengan virus?? Definisi paling mudah untuk virus ini adalah pencuri. Kenapa aku cakap ianya pencuri?? Sebab kebanyakkan fungsi virus ini ada untuk mencuri dan mengutip data user. Mungkin korang di sana tidak mengetahui yang virus komputer ni terdiri daripada pelbagai jenis. So, hari ni aku nk share beberapa info mengenai jenis virus dan spyware serta fungsinya dalam menceroboh sesebuah komputer.

1) Spyware
Spyware
adalah sejenis malware yang dapat memasang diri mereka secara menyelinap ke dalam komputer untuk mengintip aktiviti-aktiviti komputer.


2) Trojan

Juga lebih dikenali sbg Trojan Horses
dan akan memasang pada komputer peribadi pengguna secara rahsia tanpa pengetahuan mereka.

3) Backdoor

Backdoors sejenis virus yg direka dalam membantu hackers untuk mendapatkan maklumat serta akses kepada sistem komputer anda secara rahsia

4) Worm

Worm adalah sejenis program Malware komputer yang boleh membentuk dan meniru dirinya sendiri tanpa campur tangan mana-mana pengguna.

5) Adware

Adware adalah jenis Perisian Paparan Pengiklanan. Ia akan memasang pada komputer pengguna bersama-sama dengan muat turun program lain tanpa kebenaran mereka

6) Rootkit

Rootkit merupakan salah satu program kepada malware yang
berperanan untuk memusnahkan sistem komputer.

7) Fraud Tool

Fraud Tool adalah satu program penipuan yang akan menjangkiti sistem Windows.

8) Suspicious Files

Suspicious Files adalah fail yang tidak menunjukkan maksud yang khusus.

9) Dos

Dos
adalah parasit virus yang berlaku dan menjangkiti di bawah keadaan yang sistem DOS.

10) Constructor

Constructor
adalah program Trojan horse yang berbahaya. Ia boleh memasukkan malware tambahan ke dalam komputer yang dijangkiti.

{ 3 comments... read them below or add one }

Eintan Nurfuzie said...

ayo2..banyaknyer jenis...

Unknown said...

thanks for the info :)

utk sy yang tak tahu apa kebendanya sebelum ni.. hehe

Anonymous said...

I delight in, lead to I discovered exactly what I was
having a look for. You've ended my four day lengthy hunt! God Bless you man. Have a great day. Bye

Here is my webpage ... natural cellulite treatment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...