Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS

Posted by Wanabe PJ on Friday, August 26, 2011


Wah, PLUS da mengeluarkan cadangan jadual perjalanan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan la. Daripada jadual itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuhraya PLUS seluruh negara yg ingin pulang ke kampung halaman masing2 supaya mengikuti jadual tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. So, pada korang semua bolehla lihat jadual kat atas dan merancang perjalanan anda.

Selain itu, bagi pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap. Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi. Camne lak tue. Pening jap. Hahaha..Namun begitu, jadual di atas hanyala cadangan. Tak kan nak paksa2 orang kan nak balik waktu bila. Hehehehe..



Sumber: Berita Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...