Komen Perlawanan Kedua Malaysia vs Singapura

Posted by Wanabe PJ on Thursday, July 28, 2011



Hurm, takde 'luck' pasukan negara kita malam ni untuk layak ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 dgn tewas aggregat 6-4 di tangan Singapura. Apa boleh buat pemain da cuba sedaya upaya memberi aksi yg terbaik. Namun takde rezeki. Cuma aku harapkan skuad kendalian K.Rajagobal dirombak semula bg memastikan segala kelemahan skuad negara dapat di atasi terutama bahagian pertahanan dan juga midfield. Malam nie pemain pertahanan sekali lagi alpa. Takde komunikasi sangat antara pemain2 lain. Selepas ketiadaan Aidil yg keluar akibat injured, pemain jd buntu. Hilang fokus. Semuanya mengharapkan kepada Safee Sali dan juga S.Kunalan.

Memang betul ketiadaan Safiq Rahim dan juga Norshahrul Idlan Talaha sedikit sebanyak merencat perencanaan K.Rajagobal. Namun ni bukan jd alasan. Pemain2 lain kebanyakan byk buang bola dgn hantaran2 yg mudah dicantas pihak lawan. Sepatutnya perkara ini tidak seharusnya terjadi krna pemain bermain di tempat sendiri. Patut lebih fokus n tenang dlm membuat hantaran. Diharapkan mutu permainan skuad negara dapat ditingkatkan lg pd masa akan datang. Kesian penyokong yg dtg dr jauh n bli tiket mahal2. Pape pun Apek mmg superb mlm nie. Malaysia Boleh!



*p/s: Dalam hati panas dengan lakonan player Singapura. Ape pun xboley!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...