Virus Shortcut Remover : Shortcut Antivirus

Posted by Wanabe PJ on Friday, July 1, 2011



Salam semua,


Hari ini aku ingin menyambung kesinambungan daripada topik sebelum ni yang pernah aku post dulu iaitu Virus Shortcut Remover. Sepertimana tools yang aku berikan pd topik sebelum ini, ada terdapat satu lagi tools yang ingin aku share kepada korang semua dan mampu untuk mencegah ancaman virus shortcut ini daripada berlaku iaitu Shortcut Antivirus.

Apakah Shortcut Antivirus?
Shortcut Antivirus adalah perisian percuma yang direkacipta untuk melindungi kelemahan dalam Windows Shell yang salah menghurai fail shortcut (fail LNK).

Shortcut
Antivirus ini menggabungkan perlindungan dan alat-alat penyingkiran!

Antivirus Shortcut dapat melindungi daripada jangkitan dan membuang fail yang dijangkiti. Fail yang dijangkiti dengan virus shortcut ini akan secara automatik disekat dan anda akan diminta untuk memadam fail yang dijangkiti.

Bagaimana Shortcut Antivirus ini berfungsi?
Shortcut Antivirus ini akan menetapkan IconHandler shell DLL sendiri dan memeriksa setiap fail shortcut yang dipaparkan dengan LNK atau PIF extension. Jika ia mengesan shortcut yang boleh menggunakan kelemahan Shell maka Shortcut Antivirus ini akan memaparkan ikon "disekat" dan mencegah jangkitan.

Keperluan Sistem:
Shortcut Antivirus ini tidak mengandungi adware / spyware modul.
Disokong Windows XP 32bit SP1-3/2003/VISTA/Seven.
Compatible dengan semua perisian antivirus terkenal.

Kepada sesiapa yang terkena dengan virus shortcut bolehlah menggunakan perisian Shortcut Antivirus ini.

Download

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...