Selamat Hari Ibu...

Posted by Wanabe PJ on Monday, May 11, 2009

Semalam bersamaan 10hb Mei merupakan tarikh sambutan Hari Ibu Sedunia..Ianya sebagai mengenang jasa2 dan meletakkan penghormatan kepada ibu2 kte yg telah byk berjasa kpda kte semua..

Menurut hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.

Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?

Nabi menjawab: Ibumu.

Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?

Nabi menjawab lagi : Ibumu.

Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?

Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Selain itu, menurut sebuah hadis juga, sepanjang kewafatan ibu Baginda selama 58 thun, Rasulullah slu dan msih menziarahi serta menangisi di sisi makam ibu Baginda Siti Aminah..

Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.

Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.

Kepada kte semua yg brgelar anak nie hrgaila dan sayangila ibu kte sementara ianya msih ada.

Selamat Hari Ibu Mak...

{ 2 comments... read them below or add one }

killr0yLive said...

love u mom...my precious mommy...muah muah..

Wanabe PJ said...

huhuhu..ibu..ibu..engkaula ratu hatiku..huhuhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...