Home » Posts filed under nostalgia
Posted by
Wanabe PJ on Thursday, February 16, 2012

Lama aku tak buka almari sampai berhabuk kereta ni semua. Amacam?? Best tak?? Hehehe..Sekali sekala kenala servis gak. Ni la koleksi Tamiya kesayangan aku. Ada 12 buah semuanya. Ni pn cadang nak tambah lagi koleksi. Semua koleksi ni aku order ngan adik aku kt Jepun. Koleksi yg aku anggap RARE! Sebab apa aku cakap RARE? Firstly, Tamiya ni takde jual sebijik2. Semua jual dalam 1 set. Maknanya 1 set ada dalam 5 buah kereta. Secondly, kat Malaysia dan Jepun leh kata susah nak dapat dah. Nak lak koleksi Dash Yonkuro yang bukan chrome set kat atas tue. Memang payah nak dapat. Sebabnya ia koleksi body atau chasis terawal Tamiya iaitu pada tahun 1982. Lastly, ianya Made In Japan. Sebab kebanyakkan Tamiya sekarang Made In Philippines. Kalau korang tak percaya korang leh beli sebijik or usha mana2 kedai yang jual Tamiya ni. Kereta Tamiya ni aku saja kumpul untuk jadi koleksi dalam almari. Sambil tue leh layan nostalgia dan kenangan masa zaman kanak-kanak dulu.Vroom2!!
More about → Koleksi Tamiya Aku
Posted by
Wanabe PJ on Wednesday, December 14, 2011
Pergh! Memang padu aku tengok koleksi Ray-Ban keluaran Bausch & Lomb yang rare2 ni. Tahniah buat Bro Mubin yang berjaya kumpul koleksi emas dan terbaik Ray-Ban sepanjang zaman ni. Salute cikit! Pinjam gmbar jap ek.Hehehe..Tapi memang padu la. Susah nak dapat sekarang ni. Jeles, menangis, bernanah dan berdarah lubang hidung aku tengok koleksi Ray-Ban die ni. Sangat2 la terbaik! Champion ta lak juai! hahaha..
1) Ray-Ban Gold 14k - koleksi terbaik Ray-Ban & paling rare. ada 1000 unit je dalam dunia. Siap ada certificate lg. Harga semasa RM18k. Paduuuuuu..Hahahaha..2) Ray-Ban 50 Gold Wing3) Ray-Ban 50 limited edition (1937-1987)4) Ray-Ban Wayfarer Diamond Hard5) Ray-Ban Shooter
Credit to: Bro Mubin
More about → Koleksi Ray-Ban Paling Rare
Posted by
Wanabe PJ
Sebelum datang komik2 sekarang ni la antara komik terbaik sepanjang zaman yang aku pernah baca. Jom usya.1) Doraemon - Tipula kalau korang tak pernah baca atau beli komik Doraemon ni. Aku start mula beli masa darjah 3. Masa tue kumpul duit banjer sekolah nak beli komik ni.

2) Dragon Ball@Mutiara Naga - komik paling addicted n konsisten sekali aku pernah beli. Dari sekolah rendah hingga tingkatan 3 aku beli komik ni.

3) Dragon Quest@Misteri Naga - komik ni mesti beli sekali dengan komik Dragon Ball. Hahaha..

4) Pedang Setiawan@Storm Rider - Masa ni da beralih komik. Tapi tak larat nak beli sangat sb sebulan 2kali die keluar. So pinjam or gilir2 beli ngn kawan. Hehehe..

5) Pendekar Laut - Komik yang paling aku suka. Tak pernah miss kalau baca.

More about → Komik Terbaik Sepanjang Zaman
Posted by
Wanabe PJ on Thursday, December 8, 2011
Posted by
Wanabe PJ on Tuesday, December 6, 2011

Bila aku balik keje tadi, singgah kedai beli air untuk hilangkan dahaga ni aku terserempak dengan sorang uncle Cina tua yang membuatkan aku teringat akan satu benda yang aku penah pakai masa zaman sekolah dulu. Korang nak tau apa benda yang ada pada uncle Cina tue yg buat aku terigat akn sesuatu benda. Ya, die pakai kasut Carefree/Warrior. Masihkah korang igt kasut paling top masa era 90-an dulu ni sebelum datangnya kasut Pallas n jenama2 yg lain. Hahahaha..Kasut paling murah aku bli tiap2 tahun untuk g ke sekolah. Maklumla nak beli kasut Bata@BM2000 ni xmampu. So,nk bajet punye pasal kasut Carefree ni la jadi pilihan. Selain tue, ada kasut lagi yang aku selalu beli iaitu kasut Bata tapak hijau & merah. Hahaha..Memang top. Nak minta lebih2 segan sebab bljr pn tak pandai sangat. So, bli jela yg ni. Ringan pn ringan.

Tapi korang jgn terkejut lak andai aku ckp kasut ni paling top diklgn bdk laki zaman sekolah dlu.Sebab ape die top?? Hahaha..Sb die cpt kering. Jemur blkg peti ais mmg cpt kering. Lagi 1 kasut ni lak byk function. Guna semasa main badminton pn boleh, basketball pn boleh, bola tampar pn boleh dan paling glamor guna main sepak takraw la. Hebat tak?? Kasut lain boleh?? Ada function ni semua??hahaha..Agak2 ada lagi tak bdk2 zaman sekarang nie pakai sgt kasut ni. Aku tengok kebanyakannya pakai kasut North Star. Pape pun kasut Carefree/Warrior & Bata tapak hijau@merah ni tetap champion. Hahaha..
More about → Ada Lagi Ke Kasut Sekolah Nie?
Posted by
Wanabe PJ on Monday, December 5, 2011

Nak dijadikan cerita, tengah aku duk relax2 pas mkn tgahari td ada sorang pakcik ni yang juga seorang kakitangan kerajaan lalu depan aku. Tiba2 aku terhidu dengan satu bau yang mcm pernah aku hidu suatu masa dahulu. Ye, mmg tak syak lagi.Aku kenal bau ni. Bau Minyak Rambut Tancho. Hahaha..Dia punya bau busuk tue aku mmg tak dapat lupa sampai mati. Mana taknya masa zaman2 muda remaja aku pernah pakai minyak rambut Tancho ni. Yela, time sekolah menengah minyak rambut ni la paling top selain dari minyak Bon. Brylcream n Code 10 pn kalah. Yang hebat psal minyak rambut Tancho ni sb die tahan n kilat. Kalau berdiri tgh panas masa perhimpunan sekolah dulu die punye shining mmg tak boley lawan. Hahaha..Tapi yang tak tahan bila bau dia naik. Memang busuk. Nak lak sape pakai songkok or pakai helmet naik motor g sekolah. Pergh! Terbaik punye kepam. Lagi satu lak pas mandi. Korang tengok tuala korang memang hitam. Kalau basuh lak memang berlendir.Hahaha..

Tapi zaman sekarang ni, wujud lagi ke n laku lagi ke minyak rambut Tancho ni. Yela, bdk2 zaman sekarang suka pakai minyak rambut jenama Gatsby n Elite yang jenis water gel dan wax ni. Senang. Xde bau. Mana layan Tancho ni lagi. Tapi tak sangka lak pakcik yang berumur dlm lingkungan 50-an yang aku jumpa tghari td masih pakai lagi minyak rambut Tancho hingga hari ni. Hahaha..
More about → Wujud Lagi Ke Minyak Rambut Tancho?