Showing posts with label Teka-Teki/Lawak. Show all posts
Showing posts with label Teka-Teki/Lawak. Show all posts

Tips Cover Malu

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, February 17, 2009

Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu, bukan cover kemaluan ok? hehe

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.


credit to eL Magnifico
More aboutTips Cover Malu

Teka-teki: Mane pergi lagi singgit????

Posted by Wanabe PJ on Monday, December 1, 2008

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam.... Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik..... Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je... Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....

Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...
So total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29
Mana pegi lagi singgit....?????????????
More aboutTeka-teki: Mane pergi lagi singgit????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...