Dinner di Restoran Laman Grill Milik Chef Zubir

Posted by Wanabe PJ on Monday, November 26, 2012


Awesome! Itu yang mampu aku katakan tentang menu hidangan di restoran milik juri utama MasterChef Malaysia iaitu Chef Zubir. Restoran yang diberi nama Restoran Laman Grill; Steak & Bar-B-Que itu bertempat di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam. Dengan decoration serta suasana yang tenang dan romantik amat sesuai untuk pasangan couple yang ingin menjamu selera sempena menyambut atau meraikan ulangtahun kelahiran atau perkahwinan. Kebetulan pada hari tersebut wife aku belanja sempena my birthday awal bulan ni. So aku cadangkan pada dia untuk cuba makanan di restoran Chef Zubir ini.

Grilled Spring Chicken

 The Laman New Version Marbled Chicken Chop
Dari segi harga ianya sangat berpatutan dengan menu hidangan yang pada pandangan aku setanding dengan menu hidangan di hotel bertaraf 5 bintang. Tidak salah jika sekali sekala berbelanja lebih untuk menikmati hidangan di Restoran Laman Grill milik Chef Zubir ini sebagai tanda penghargaan pada diri sendiri dan juga pada pasangan masing-masing. So kepada sesiapa yang ingin merasa hidangan di restoran milik Chef Zubir ini boleh lah bertandang ke Seksyen 13, Shah Alam. Anda pasti tidak akan menyesal. Berikut adalah beberapa menu yang sempat aku cuba. Next time nak cuba lagi menu lain pulak. Hehehe..Memang terbaikk!!

 Chocolate Caramel Banana

Mushroom Soup

Orange Juice

Chocolate Shake


{ 2 comments... read them below or add one }

Hazmin Hamudin said...

Mahal tak bro makan dekat sini?

Wanabe PJ said...

boleh tahan la..tapi memang sedap..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...