Pelumba basikal trek sensasi negara, Azizulhasni Awang berjaya melangkah ke pusingan akhir
acara keirin Sukan Olimpik London 2012.Pada pusingan kedua acara keirin heat 1 sebentar tadi, Azizulhasni Awang yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman berjaya mendapat tempat kedua di belakang juara dunia yang juga juara bertahan dari Britain, Chris Hoy.
Mengikut format pertandingan 3 pelumba teratas setiap saringan akan mara ke final sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir acara keirin Sukan Olimpik London 2012 yang akan diadakan sebentar sahaja lagi kira-kira pada pukul 1 pagi nanti waktu Malaysia.
Pada pusingan akhir acara keirin Sukan Olimpik London 2012 nanti, Azizulhasni Awang akan bersaing untuk merebut pingat emas dengan pelumba-pelumba Chris Hoy, Teun Mulder, Shane Perkins, van Velthooven dan Maximilian Levy.
Senarai pelumba pusingan akhir acara keirin Sukan Olimpik London 2012.
Berikut adalah keputusan pusingan kedua acara keirin Sukan Olimpik London 2012.
Keputusan Pusingan Akhir Acara Keirin Sukan Olimpik London 2012:-
Agak sedih apabila Azizulhasni Awang tewas pada pusingan akhir acara keirin Sukan Olimpik London 2012 sebentar tadi. Keputusan akhir acara keirin Sukan Olimpik London 2012 telah dimenangi oleh Chris Hoy. Apa-apa pun anda tetap yang terbaik. Untuk dapat dan melayakkan diri ke kelompok 6 pelumba terbaik dunia bukannya sesuatu yang mudah. Tahniah Azizulhasni Awang!
{ 2 comments... read them below or add one }
masih ada nombor dan habiskan acara. tahniah buat beliau, mungkin akan datang ada rezeki.
Azizul gagal menghadiahkan pingat kepada negara tetapi kekecewaan itu telah ditebus oleh Pandalela dengan meraih pingat gangsa.
Post a Comment