Syarikat perisian gergasi dunia, Microsoft, hari ini telah melancarkan logo terbaru untuk Windows 8. Reka bentuk logo terbaru ini jauh berbeza dari logo-logo Windows versi sebelumnya kerana hanya menggunakan satu warna sahaja dan direka untuk mewakili dan menggambarkan mukabentuk Metro.
Warna logo biru muda Windows 8 terbaru ini kelihatan lebih dekat dengan Windows 1.0 daripada versi yang lain yang telah kita lihat. Ia kelihatan mudah, tetapi boleh bekerja dengan baik untuk syarikat itu. Bagi sistem operasi, Microsoft yakin dan percaya ianya akan dapat dilancarkan kemudian pada tahun ini. OS Windows 8 terbaru merupakan satu anjakan dan peralihan lengkap dari Windows biasa dan terdahulu yang telah kita lihat sepanjang dekad yang lalu hingga sekarang.
Tahniah buat syarikat Microsoft. Diharapkan perisian Windows 8 ni dapat memberi impak yang besar bagi pengguna-pengguna komputer diseluruh dunia.
Sumber
{ 2 comments... read them below or add one }
windows 8 sudah
cepat teknologi nih
memang canggih skg ni..da terkejar rasenye..hahaha..
Post a Comment