E-Cigarettes: The Bagga Brass V1.5 by Wu Tang

Posted by Wanabe PJ on Monday, June 17, 2013






Demam e-cigarette sudah mula berjangkit kat aku. Sudah menjadi trend bagi masyarakat seluruh dunia sekarang ini. Banyak jenis mod & tank dapat kita lihat dari semurah-murah mod Ego - T sampailah ke mod Caravela. So sedikit sebanyak nak share mod terbaru aku iaitu The Bagga Brass V1.5 by Wu Tang dari Filipina. Bagi aku mod (body) aku ini tidak mahal mana. Tapi yang menarik perhatian aku untuk memiliki mod ini adalah disebabkan faktor ketahanan, material yang digunakan serta dari segi firing atau konduktiviti.

Untuk pengetahuan semua mod The Bagga Brass V1.5 by Wu Tang ini diperbuat daripada tembaga solid keseluruhannya. Firing pin pula bersalut emas yang menjana tenaga serta konduktiviti yang cukup dashyat. Dari segi penurunan voltan juga sangat baik dengan margin yang rendah setanding dengan mod Chi-You by Mojo dari Korea. Selain itu, tiub The Bagga Brass V1.5 ini diukir dengan logo Wu Tang, nombor siri, dan tulisan "Pride Filipina," yang ditulis dalam skrip baybayin purba digunakan di pulau-pulau Filipina seawal abad ke-13. Bagi mod Bagga Brass V1.5 aku ini nombor siri adalah #013, antara nombor siri terawal.

The Bagga Brass V1.5 by Wu Tang ini juga didatangkan dengan dua tiub bateri iaitu 18650 dan 18350 dengan butang firing terletak di bawah. Bagi aku mod The Bagga Brass V1.5 by Wu Tang ini boleh aku katakan mod yang terbaik selain daripada mod-mod seperti Nemesis, Titan, Astro, Nzonic, Chi-You, GGTS serta Caravela yang mencecah ribuan ringgit. Cuma nak kena rajin sedikit ialah untuk mengelap atau polish body kerana tembaga atau suasa ini cepat kusam & dimamah hari. Untuk tank pula aku matchkan mod The Bagga Brass V1.5 ini dengan dripper tank RDA smoke single airhole 2mm serta drip tip Mflux dari Filipina juga. Memang terbaik! Awan nano-nano..hehehe..
More aboutE-Cigarettes: The Bagga Brass V1.5 by Wu Tang

Oppa Gangnam Style Kini Video Klip Paling Popular Di YouTube

Posted by Wanabe PJ on Monday, November 26, 2012


Penyanyi sensasi Korea Selatan iaitu Psy yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style telah menjadi video klip yang paling banyak ditonton di YouTube.

Video klip yang terkenal dengan tarian kuda dan catchy itu kini telah mencatat sebanyak 815 juta tontonan sejak ia pertama kali dipertontonkan di YouTube pada bulan Julai lalu.

Oppa Gangnam Style kini merupakan video yang paling disukai di laman perkongsian YouTube telah mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Justin Bieber menerusi lagu Baby, yang mencatat 804 juta tontonan.

Tarian Oppa Gangnam Style telah menjadi mencetus fenomena dan kegilaan di seluruh dunia termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon turut meminati dan menari bersama Psy pada satu pertemuan sebelum ini. Dalam pada itu, video ini turut memenangi Video Terbaik pada Anugerah Muzik MTV Eropah baru-baru ini.

Mungkin dalam beberapa minggu lagi, kita akan melihat video klip Oppa Gangnam Style sebagai video klip pertama di dunia yang mengatasi 1000000000 tontonan
. Wow!


More aboutOppa Gangnam Style Kini Video Klip Paling Popular Di YouTube

Dinner di Restoran Laman Grill Milik Chef Zubir

Posted by Wanabe PJ


Awesome! Itu yang mampu aku katakan tentang menu hidangan di restoran milik juri utama MasterChef Malaysia iaitu Chef Zubir. Restoran yang diberi nama Restoran Laman Grill; Steak & Bar-B-Que itu bertempat di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam. Dengan decoration serta suasana yang tenang dan romantik amat sesuai untuk pasangan couple yang ingin menjamu selera sempena menyambut atau meraikan ulangtahun kelahiran atau perkahwinan. Kebetulan pada hari tersebut wife aku belanja sempena my birthday awal bulan ni. So aku cadangkan pada dia untuk cuba makanan di restoran Chef Zubir ini.

Grilled Spring Chicken

 The Laman New Version Marbled Chicken Chop
Dari segi harga ianya sangat berpatutan dengan menu hidangan yang pada pandangan aku setanding dengan menu hidangan di hotel bertaraf 5 bintang. Tidak salah jika sekali sekala berbelanja lebih untuk menikmati hidangan di Restoran Laman Grill milik Chef Zubir ini sebagai tanda penghargaan pada diri sendiri dan juga pada pasangan masing-masing. So kepada sesiapa yang ingin merasa hidangan di restoran milik Chef Zubir ini boleh lah bertandang ke Seksyen 13, Shah Alam. Anda pasti tidak akan menyesal. Berikut adalah beberapa menu yang sempat aku cuba. Next time nak cuba lagi menu lain pulak. Hehehe..Memang terbaikk!!

 Chocolate Caramel Banana

Mushroom Soup

Orange Juice

Chocolate Shake


More aboutDinner di Restoran Laman Grill Milik Chef Zubir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...