Thursday, June 21, 2012

Windows Phone 8 Diumumkan


Tidak sampai seminggu selepas tablet Microsoft Surface dilancarkan, syarikat Microsoft sekali lagi hari ini telah mengumumkan secara rasmi Windows Phone 8 yang dahulu dikenali sebagai Apollo di Windows Phone Developer Summit di San Francisco. Windows Phone 8 terbaru ini membawa platform selaras dengan OS mudah alih yang lain dengan menambah sokongan untuk muti-core processors, resolusi skrin yang lebih tinggi dan teknologi wireless terbaru seperti komunikasi medan dekat (NFC).

Windows Phone 8 ini turut menambahkan sokongan untuk kebanyakan ciri-ciri perkakasan yang baru. Antaranya adalah sokongan untuk peranti pelbagai teras, iaitu di kedua-dua platform Android dan IOS. Windows Phone 8 ini turut dibina dengan Nokia Maps yang menjadi sebahagian daripada platform mereka. Ianya turut menyokong resolusi skrin yang lebih baik, termasuk 720p dan 1280 x 768 (WXGA) iaitu lebih baik daripada resolusi skrin 800 x 480 Lumia Nokia 900.

Selain itu, Windows Phone 8 terbaru turut menyokong penyimpanan luaran dalam bentuk kad microSD dan juga sebagai NFC.

Tarikh jangkaan Windows Phone 8 ini akan dikeluarkan masih belum diketahui tetapi ianya dijangka selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Wow! memang terbaik. 


Sumber

2 comments:

  1. Nampak produk Windows kali ini lebih baik terutama fungsi UI yang responsif dan baik.

    ReplyDelete
  2. betul..windows kena lebih maju daripada apple..hehehe..

    ReplyDelete