Thursday, June 21, 2012

Samsung Galaxy Note II Bakal Dikeluarkan Pada Oktober?


MK Business News hari ini melaporkan bahawa terdapat khabar angin menyatakan bahawa pengganti kepada Samsung Galaxy Note akan mula diperkenalkan pada bulan Oktober ini, dan akan bersaing dengan model Apple iPhone 5. Namun begitu, sehingga sekarang tiada sebarang pengesahan yang menyatakan bahawa pihak Apple akan melancarkan model terbaru pada bulan Oktober ini. 

Oleh itu, Samsung telah mengambil peluang tersebut memperkenalkan satu lagi model bagi meneruskan kesinambungan hasil kejayaan Samsung Galaxy Note yang berjaya mencatat 7 juta unit jualan di seluruh dunia. Model terbaru ini dilaporkan akan merangkumi pemproses quad teras, kamera 12 megapiksel, dan menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik daripada sebelumnya. 

Selain itu, terdapat sumber mengatakan bahawa paparan skrin model terbaru ini juga lebih besar daripada model Samsung Galaxy Note sekarang yang berukuran 5.3 inci. Nama untuk model terbaru ini juga belum diputuskan lagi dan ia tidak semestinya dipanggil Galaxy Note II.


Sumber







2 comments: