Friday, June 29, 2012

Google Mengaktifkan Lebih 1 Juta Peranti Android Setiap Hari

Google sekali lagi telah berkongsi maklumat pada persidangan Google I/O Developer dengan menyatakan bahawa telah mengaktifkan lebih bahawa 1 juta Android peranti setiap hari, dan menjadikan sejumlah 400 juta peranti Android diaktifkan sehingga kini. Sebelum ini pada awal bulan Jun, sebanyak 900 ribu peranti Android telah diaktifkan setiap hari iaitu berlaku peningkatan lebih 100 ribu peranti Android.
 
Satu jumlah yang sangat besar telah dicapai oleh Google setiap hari. Jika Google terus mengekalkan pada kadar ini, bermakna mereka akan dapat menggandakan jumlah peranti Android yang mereka telah aktifkan setakat ini dalam tempoh lebih setahun sahaja.


2 comments: