Friday, May 4, 2012

Samsung Galaxy S III Dilancarkan


Pihak Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) hari ini dengan bangganya melancarkan dan memperkenalkan model telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy S III, siri telefon pintar generasi ketiga bagi keluarga Galaxy S yang memahami pergerakan pengguna sekali gus menawarkan kebolehgunaan secara maksimum. Model Samsung Galaxy S III terbaru ini menampilkan paparan skrin Super Amoled HD berukuran 4.8 inci, kamera lapan megapiksel (MP) serta kamera depan 1.9 Megapiksel selain dijana oleh processor 1.4GHz Quad-core Exynos dan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich). Selain itu juga, ianya turut didatangkan dengan ciri terbaru iaitu 'Smartstay' dan 'S-Voice'.

Galaxy S III didatangkan dalam varian putih dan biru gelap dan akan dipasarkan di 145 negara.

Produk berkenaan dijangka akan menemui pelanggan di Malaysia sekitar Jun ini.

PRODUK: Samsung Galaxy S III
RANGKAIAN: GSM, HSPA+, 4G
SKRIN: 4.8” inch HD Super AMOLED (1280x720)
PROCESSOR: 1.4GHz Quad-core Exynos
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
SETORAN: 16/ 32GB, microSD
KAMERA: 8 Mega pixel (utama) , 1.9 Mega pixel (depan)
DIMENSI: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
BERAT: 133g 

Adeh,cair lak aku tengok Samsung Galaxy S III yang baru ini. Memang gempak habis. Pape pun kita tunggu model ini yang dikhabarkan masuk ke Malaysia bulan Jun ini nanti.

No comments:

Post a Comment